Sunday, July 13, 2014
Tugasan Emcee Hari Guru
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Semenjak dua menjak ni ...memang tak sempat nak update blog. So...pengisian hari ini ...dah ada kesempatan ada la sikit perkembangan yang nak dikongsi bersama. Pada 24 Jun 2014, saya telah diamanahkan untuk mengacarakan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Parlimen Jerlun Tahun 2014. Sambutan diadakan pada waktu malam dan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Kedah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar meskipun ada beberapa perubahan pada saat-saat akhir. Syukur ke hadrat Allah SWT yang menganugerahkan kelapangan dan kelancaran majlis. Majlis dihadiri warga pendidik dan pemimpin-pemimpin masayarakat tempatan.
Thursday, June 26, 2014
Tugasan pd 21 Jun 2014

Pada 21 Jun 2014, sekali lagi saya diberi amanah dan kepercayaan untuk menjayakan tugas sebagai emcee untuk Majlis Perasmian Penutupan Program Maju Minda dan Bina Insan di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu. Alhamdulillah segalanya berlangsung dengan lancar. VVIP yang hadir ialah YB Datuk Tajul Urus Mat Zain, Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri Kedah. Program sehari tersebut dijayakan oleh konsultan Mind Concept Resource. Sasaran terdiri daripada 400 orang murid Tahun 6 di kawasan Parlimen Jerlun.
Tuesday, March 4, 2014
Tugasan Menanti...
Alhamdulillah...telah ada tugasan yang menanti untuk dijayakan oleh Azrin EMCEE. Satu majlis resepsi perkahwinan dan satu lagi majlis jamuan makan malam. Kedua-duanya bakal berlangsung di TH Hotel, Kepala Batas, Alor Setar. Majlis resepsi tersebut pada 14 Mac 2014 manakala jamuan makan malam pula pada 17 April 2014. Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan saya sepanjang menjalankan tugasan tersebut nanti. Insya Allah, saya akan memberikan khidmat yang terbaik dengan semampu mungkin demi kepuasan klien. Harapan saya agar lebih ramai khalayak yang bersedia memberi peluang kepada saya untuk mengacarakan majlis. Ingat...Azrin EMCEE : 'Bukan Sekadar Pengacara'...
Friday, February 21, 2014
Dunia Pengacaraan Majlis
Dah lama saya tidak mengemaskini blog ini yang dahulunya dikenali sebagai Azrin Hassan's View. Rasanya dah 3 tahun saya sendiri selaku 'owner' tidak menjenguk blog saya ini. Alhamdulillah, nampaknya Allah SWT telah memberi ruang dan upaya kepada saya untuk kembali aktif mengemaskini blog seterusnya memperkenalkan diri saya selaku pengacara majlis. Rasa-rasanya kawan-kawan pun pelik apabila dengan tiba-tiba...angin tak ada...ribut tak ada...saya muncul kembali di blog yang dah bersawang ni dengan tajuk baru...Azrin Emcee. Ya, inilah kebenarannya...saya kembali ke blog ini dengan membawa suatu 'niche area' yang amat saya minati iaitu bidang pengacaraan majlis. Hakikatnya saya telah lama dalam bidang ini. Dah lebih 20 tahun saya terbabit mengacarakan majlis bermula dengan 'event' pertama saya pada tahun 1992 iaitu Majlis Penutupan Gerkorama Peringkat Negeri Kedah di Universiti Utara Malaysia. Dalam usia 19 tahun pada ketika itu bergandingan dengan seorang sahabat daripada Sekolah Menengah Sultanah Bahiyah, Siti Hajar Ahmad...alhamdulillah saya dapat rasakan kepuasan yang tidak terhingga. Ucapan tahniah daripada guru-guru dan rakan-rakan telah membangkitkan minat dan menimbulkan keyakinan bahawa saya diberi kebolehan oleh Allah SWT dalam bidang ini.
Sejak itu, peluang untuk mengacarakan majlis terus muncul dalam hidup saya. Semasa di maktab perguruan dulu pun, saya banyak terlibat mengacarakan majlis termasuklah Majlis Tilawah Al-Quran Antara Maktab Perguruan Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang. Alhamdulillah, apabila saya telah keluar berkhidmat sebagai guru saya masih lagi berpeluang untuk mengacarakan pelbagai majlis yang kebanyakannya majlis-majlis yang rasmi dan berprotokol di peringkat sekolah, daerah dan negeri. Mungkin saya tidak memiliki nama yang gah dikenali ramai...namun saya amat puas apabila setiap kali selesai melaksanakan tugas selaku pengacara majlis. Kepuasan yang sukar diungkap dengan kata-kata apabila majlis dimulakan dan ditamatkan dengan lancar tanpa gangguan sememangnya amat mengujakan saya. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih memberi keizinan untuk saya terus berkecimpung dalam bidang ini.
Kini, selepas 22 tahun, saya ingin membuka ruang seluas-luasnya untuk diri saya menawarkan khidmat pengacara majlis rasmi dan juga perkahwinan. Promosi telah pun saya gerakkan menerusi iklan sempena Festival Kerja Kahwin Utara 2014 yang akan berlangsung di Ukir Mall Alor Setar pada 28 Februari hingga 2 Mac 2014. Agensi-agensi awam dan korporat termasuk individu yang ingin menggunakan khidmat saya boleh menghubungi saya di talian 019 4701501 atau 04 9173501.
Ok...semoga segalanya berjalan dengan lancar dan diredhai Allah SWT. Jumpa lagi Insya Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)

