14 tahun dulu, sebaik saja tamat pengajian di maktab, saya ditempatkan di SK Sungai Buaya, Rawang. Seminggu saja, saya dan isteri di situ (menyewa di Sungai Choh)memandangkan situasi pada ketika itu yang agak membimbangkan. Membimbangkan kerana pada masa itu banyak kes pecah rumah berlaku di sekitar Rawang. Masa tu tiap-tiap malam kami bergilir-gilir berjaga sehinggalah pada suatu malam memang sah sah ada cubaan pecah masuk ke rumah sewa kami. Mulanya kami dengar bunyi tingkap dibuka (tingkap nako kata orang Kedah)...kami terdiam...saling berpandangan. Di tangan saya cuma ada sebatang tukul (kata orang Kedah) sebagai senjata. Saya memberanikan diri menghampiri tingkap itu...tiba-tiba terdengar bunyi tapak kaki orang berlari...mungkin dia sedar kehadiran saya. Tak boleh jadi kata saya. Esoknya kami pergi ke rumah bapa saudara di Klang Gate. Pinjam motor beliau terus menuju ke Jabatan Pendidikan Selangor di Shah Alam. Tujuan hanya satu...apa jadi pun saya mesti tukar sekolah. On the way nak pergi ke situ...dalam keadaan tak tahu nak ikut jalan mana...redah sajalah. Lalu Federal Highway atas jalan besar sedangkan di situ ada laluan motor...fuhhhh memang bahaya rupanya....kereta laju-laju belaka dan seperkara lagi saya bimbang jugak kalau-kalau ditahan polis...dalam hati saya dah plan nak jawab apa kalau ditahan...
Kalau kena tahan saya akan tunjukkan i/c saya, mintak ampun datuk....saya orang Kedah...maafkanlah saya..hehehe itu sajalah modal saya. Dah sampai Shah Alam...entah kat Seksyen berapa saya pun dah lupa...tayar motor pulak pancit...tolaklah pulak motor tu ke kedai pomen. Dah siap tampal tayar barulah bergerak pula ke Jabatan Pendidikan Selangor...Alhamdulillah sampai juga kat situ...destinasi kami berdua. Dalam keadaan termengah-mengah...puas kami cari bilik pegawai berkenaan...masa tu jam dah menunjukkan pukul 4 lebih...at last, sampai jugak kami ke Jabatan Pendidikan Selangor...berjumpa dengan pegawai yang berkenaan. Setelah dimaklumkan sebab musabab saya nak bertukar, beliau bertanya saya, "Sanggupkah awak ke sekolah Cina?"...saya jawab, "Tak mengapa tuan, saya terima" ...rupanya beliau bergurau sahaja...saya ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Andalas, Klang berkuatkuasa esok....Alhamdulillah, syukur sangat sangat. Balik, terus angkut barang di rumah sewa terus ke rumah bapa saudara di Klang. Esoknya saya pun melapor diri di SK Taman Sri Andalas...lega rasanya. Itulah kisahnya...bagaimana saya memulakan kerjaya ...banyak lagi kenangan yang tersimpan rapi dalam ingatan...nanti saya kongsikan ya...
Thursday, December 23, 2010
Saturday, August 21, 2010
Suasana Ramadhan Dulu & Sekarang...
Terkenang suatu ketika dahulu kalau tiba bulan puasa barulah boleh tengok buah kurma. Ketika itu, saya beranggapan kurma ni satu jenis sahaja. Rupa-rupanya sejak dua dekad kebelakangan ini macam-macam jenis kurma ada...nak yang ranum...yang muda...yang bertangkai...semua ada...barulah saya tahu bahawa kurma ni ada pelbagai jenis. Nampak sangat betapa dangkalnya pandangan saya. Tersenyum sendiri dibuatnya.. Dulu...tak ada bazar Ramadhan...jadi budaya bertukar juadah adalah suatu kebiasaan. Sekarang...waktu petang orang berpusu-pusu ke bazar Ramadhan...maknanya juadah berbuka jarang lagi disediakan sendiri. Implikasinya pupuslah budaya bertukar juadah berbuka...maklumlah semuanya dibeli, jadi kuantitinya terhad dan sekadar cukup untuk keluarga sendiri sahaja. Itulah antara perbezaan-perbezaan kecil suasana Ramadhan dulu dan sekarang. Menyentuh hal-hal lain yang lebih serius sifatnya...antaranya ialah Solat Tarawih. Dulu..Imam Solat Tarawih kebanyakannya membaca ayat daripada surah-surah lazim sahaja, tetapi kini telah menjadi satu yang biasa apabila imam-imam jemputan membaca ayat-ayat yang bukan terdiri daripada surah-surah lazim. Jamuan moreh pun kebanyakannya dibungkus untuk bawa pulang...dulu,jamuan moreh dimasak di masjid atau madrasah kemudian dinikmati terus di situ beramai-ramai oleh para jemaah solat Tarawih. Suasananya cukup meriah ditambah pula dengan gelak tawa kanak-kanak yang pada masa itu pergi ke masjid untuk Solat Tarawih merupakan suatu kemestian...memang cukup menggembirakan apabila dikenang...
Monday, July 26, 2010
UPSR dah dekat...
Diam tak diam murid-murid saya dah nak menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR Peringkat Negeri Kedah mulai 27 - 29 Julai 2010. Macam biasa la, mak bapak...cikgu cikgi la yang terlebih risau...budak-budak rilek aja. Yalah, nama pun budak-budak...macam kita ambik Penilaian Darjah 5 dulu la...'tak sedaq habaq pun' ...(orang Kedah kata)..tau tau ambik exam...tau tau ambik result...yang kita tau seronok saja sana sini...melilau sampai ke Maghrib. Tapi, budak-budak sekarang beruntung...ramai yg tolong guide...mak bapak, abang kakak, mak sedara pak sedara semua main peranan. Ada macam2 buku rujukan, sumber2 internet, macam2 laman web pendidikan, tuisyen merata-rata tempat...pendek kata sumber ilmu melimpah ruah sampai tak terlayan...Kita dulu harapkan cikgu kat sekolah yang sememangnya amat2 komited dan jugak buku teks yg ada kalanya kena jahit semula...maklum la...dah banyak tuan dahh...
Saturday, March 13, 2010
Pesan Tok Wan...
Saya dibesarkan oleh datuk dan nenek sejak usia 20 hari. Bagi orang utara, datuk dikenali sebagai Tok Wan manakala nenek dikenali sebagai Tok. Tok Wan (Allahyarham Haji Abdul Razak Ismail) dan Tok (Allahyarham Hajjah Che Embun Dahaman)merupakan dua insan tercinta yang banyak mencorakkan sebahagian besar daripada diri saya. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mereka...Sepanjang saya bersama Tok Wan, memang banyak pesan beliau. Apa yang ingin dikongsi hari ini ialah pesan Tok Wan terhadap amalan menziarahi kubur. Sejak berusia 5 tahun lagi Tok Wan telah pun mendedahkan saya dengan amalan menziarahi kubur. Tok Wan membawa dan mengenalkan saya dengan kubur saudara mara di samping mengajar adab-adab semasa berada di kubur. Kami membersihkan kubur bersama-sama. Hingga kini sejumlah 12 buah kubur berada di bawah jagaan saya.Semua kubur ini berada di Tanah Perkuburan Islam Masjid Changlun, Kedah. Semuanya wajib dikunjungi apabila saya menziarahi kubur. Alhamdulillah...amalan ini sudah sebati dengan diri saya sehingga kini. Tiada lagi rasa kekok atau seram. Semuanya telah menjadi terlalu biasa buat saya. Ziarah kubur bukan sekadar amalan pada hari raya semata-mata. Ziarah kubur banyak mendatangkan keinsafan kepada diri saya di samping menimbulkan rasa dekat dengan arwah-arwah yang telah terlebih dahulu dijemput Ilahi. Di samping membersihkan kubur, sedekahkan juga Al-Fatihah seterusnya berdoa untuk kesejahteraan arwah-arwah di alam barzakh. Saya bersyukur kerana dididik oleh Tok Wan agar mendekati kubur. InsyaAllah amalan ini akan diteruskan pula oleh anak-anak saya...semoga amalan ini terus kekal berlangsung generasi demi generasi...Terima kasih Tok Wan.....
Wednesday, February 3, 2010
Lagu M4P

BERTEKUN BERUSAHA KE ARAH PENDIDIKAN,
IKRAR MAKTAB PERGURUAN PERSEKUTUAN,
DI MERCU BUKIT DI PINGGIR SAMUDERA,
PEDOMAN PENDIDIKAN SAINS MATEMATIKA...
MENEPATI MENGAMAL AMANAT BANGSA ,
TEKUN TABAH KAUM BERSATU,
SUMPAH SETIA MEMBINA NUSA,
RAKYAT TERDIDIK NEGARA MAJU...
BERTEKUN BERUSAHA KE ARAH PENDIDIKAN,
BERBAKTI BERKHIDMAT CAHAYA PANDUAN,
TAHUN BERTAHUN MAKTAB MENEMPA,
MEMAHAT MENGUKIR SEJARAH JASA...
Dicipta oleh : Pn. Hjh. Siti Hajar Maria...
Reunion Bekas Guru Pelatih Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang

Sekarang ni saya sedang berusaha mengumpul kawan-kawan yang pernah menuntut di Maktab Perguruan Persekutuan P. Pinang (M4P) pulak. Tujuannya ialah untuk mengadakan reunion atau pertemuan semula. Yalah...dah hampir 14 tahun kami semua meninggalkan M4P. Tentu dah banyak perubahan yang berlaku. Ada juga kawan-kawan yang telah pun dijemput Ilahi. Mungkin ada yang telah meninggalkan kerjaya guru dan sebagainya. Apa pun...pertemuan semula ini penting untuk menjalin semula persahabatan dan silaturrahim yang terputus selama ini. Semoga Allah SWT memberkati usaha ini dan dipermudahkan segalanya. Hubungi saya di blog ini atau pun di laman facebook saya atas nama Mohamad Azrin Hassan..
Monday, February 1, 2010
Tahukah Anda ?
Sekarang, bagi kakitangan awam yang tak pernah memohon pinjaman perumahan, layak mendapat kemudahan bayaran balik pinjaman selama 30 tahun. Bagi yang telah menyelesaikan pinjaman pertama sama ada telah dijual atau diselesaikan sepenuhnya oleh pemilik, layak memohon pinjaman kedua berdasarkan baki kelayakan semasa dengan tempoh bayaran balik selama 25 tahun. Berita baiknya, kakitangan awam yang sedang membuat bayaran balik pun layak memohon dilanjutkan tempoh bayaran balik. Hal ini bermakna, mana-mana pinjaman yang telah dibuat sebelum ini dengan tempoh bayaran balik 25 tahun boleh dilanjutkan tempoh kepada 30 tahun manakala yang sedang membayar balik untuk tempoh 20 tahun boleh dilanjutkan kepada 25 tahun. Oleh itu, jumlah bayaran bulanan dapatlah dikurangkan sedikit. Maklumat lanjut dapat diperoleh di http:bpp.treasury.gov.my....cubalah ya..
Info Terbaru Reunion Ex-SMJ 1986-1992
Maaf kepada rakan-rakan sekalian. Lokasi terkini pertemuan semula bekas pelajar SMJ 1986 - 1992 ialah di Bustani Hotel, Jitra (pejabat daerah yg lama). Oleh yang demikian, pada 14 Februari nanti lokasi reunion bukan lagi di Dewan Besar SMJ, sebaliknya di Bustani Hotel. Sama-samalah kita menjayakan program tersebut (bekas pelajar SMJ). Rakan-rakan yang setuju hadir dipohon untuk menyerahkan bayaran sebanyak RM30 (kos makan minum) melalui akaun Suhaila Abdul Aziz (hubungi saya : 019-4701501).
Monday, January 18, 2010
Reunion Kawan2 SM Jitra (SPM '90 & STPM '92)

InsyaAllah pada 14 Februari 2010 akan diadakan pertemuan semula rakan-rakan bekas pelajar SM Jitra yang pernah belajar di SMJ sejak 1986 hingga 1992. Tak kisahlah sama ada rakan tersebut belajar sekejap sahaja ataupun tidak...asalkan pernah belajar di SMJ...kehadiran mereka amatlah dialu-alukan. Bukan majlis orang lain sebenarnya...majlis kita (bekas pelajar SMJ). Bagi saya...ini peluang keemasan untuk bertemu rakan-rakan yang sudah sekian lama terputus hubungan di samping mengeratkan silaturrahim dengan rakan-rakan yang masih boleh dihubungi.
Sudah hampir 20 tahun saya meninggalkan bangku persekolahan tetapi terasa seolah-olah baru sahaja saat itu berlaku. Diam tak diam usia pun bakal mencecah 37 tahun, September nanti. Memang teras begitu pantas masa berlalu meskipun hakikatnya pergerakan masa masih seperti biasa...tak lebih...tak kurang.
Zaman persekolahan menengah selama 7 tahun banyak meninggalkan kenangan yang begitu indah apabila dikenang....walaupun ada antaranya adalah peristiwa pahit...
Sunday, January 3, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)
