Saturday, August 21, 2010
Suasana Ramadhan Dulu & Sekarang...
Terkenang suatu ketika dahulu kalau tiba bulan puasa barulah boleh tengok buah kurma. Ketika itu, saya beranggapan kurma ni satu jenis sahaja. Rupa-rupanya sejak dua dekad kebelakangan ini macam-macam jenis kurma ada...nak yang ranum...yang muda...yang bertangkai...semua ada...barulah saya tahu bahawa kurma ni ada pelbagai jenis. Nampak sangat betapa dangkalnya pandangan saya. Tersenyum sendiri dibuatnya.. Dulu...tak ada bazar Ramadhan...jadi budaya bertukar juadah adalah suatu kebiasaan. Sekarang...waktu petang orang berpusu-pusu ke bazar Ramadhan...maknanya juadah berbuka jarang lagi disediakan sendiri. Implikasinya pupuslah budaya bertukar juadah berbuka...maklumlah semuanya dibeli, jadi kuantitinya terhad dan sekadar cukup untuk keluarga sendiri sahaja. Itulah antara perbezaan-perbezaan kecil suasana Ramadhan dulu dan sekarang. Menyentuh hal-hal lain yang lebih serius sifatnya...antaranya ialah Solat Tarawih. Dulu..Imam Solat Tarawih kebanyakannya membaca ayat daripada surah-surah lazim sahaja, tetapi kini telah menjadi satu yang biasa apabila imam-imam jemputan membaca ayat-ayat yang bukan terdiri daripada surah-surah lazim. Jamuan moreh pun kebanyakannya dibungkus untuk bawa pulang...dulu,jamuan moreh dimasak di masjid atau madrasah kemudian dinikmati terus di situ beramai-ramai oleh para jemaah solat Tarawih. Suasananya cukup meriah ditambah pula dengan gelak tawa kanak-kanak yang pada masa itu pergi ke masjid untuk Solat Tarawih merupakan suatu kemestian...memang cukup menggembirakan apabila dikenang...
Subscribe to:
Posts (Atom)