SELAMAT DATANG


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, July 29, 2009

KENANGAN DI SEK. MEN. JITRA 1986 - 1992


Jika diimbau semula zaman sekolah menengah dulu, terlalu banyak kenangan bersama kawan-kawan terutama yang duduk di asrama. 7 tahun saya jadi budak hostel SMJ. Hidup di asrama sejak berusia 13 tahun memang banyak memperkayakan pengalaman hidup saya...sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan saya masa kini... Pahit manis bersama kawan-kawan masih jelas terpapar di skrin ingatan saya seolah-olah saya baru sahaja meninggalkan alam persekolahan..So...kepada kawan-kawan lama...kawan-kawan baru...ataupun yang bakal menjadi kawan-kawan saya...dialu-alukan untuk menjengah ke blog saya ini...semoga ikatan silaturrahim antara kita sekalian membawa seribu manfaat untuk kita bersama..

Tuesday, July 28, 2009

SELAMAT DATANG

Blog ini disediakan untuk saya dan anda di luar sana berkongsi cerita dan pengalaman, bertukar-tukar pendapat atau apa sahaja. Saya amat mengalu-alukan lawatan anda ke blog ini di samping komen-komen yang membina. Apa sahaja pendapat, cerita dan sebagainya, sebenarnya adalah ilmu. Ingatlah, prinsip ilmu : TUNTUT, AMAL, SEBAR.